27 October 2009

Rasuah RM10 juta, bekas ketua SU ditahan SPRM

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terbabit dengan rasuah membabitkan lebih RM10 juta.

Difahamkan, beliau yang berpangkat Datuk itu, telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa bekas ketua setiausaha yang berusia 56 tahun, ditangkap di ibupejabat SPRM PUtrajaya hari ini.

Menurutnya kenyataan itu, dia disyariki melakukan kesalahan rasuah berhubung kelulusan geran untuk projek di Pulau Pinang.

Beliau dijangka dituduh esok di Mahkamah Sesyen yang telah diwujudkan di Shah Alam khusus untuk mendengar kes-kes rasuah.

The Star pula memetik sumber-sumber melaporkan bahawa bekas ketua setiausaha itu didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM10 juta membabitkan satu projek.

Menurut sumber-sumber itu lagi, SPRM telah mula menyiasat kes tersebut sejak awal tahun ini.

Dia juga difahamkan akan didakwa atas sekurang-kurangnya lapan tuduhan di bawah Akta SPRM. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment