TELOK KEMANG: Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar mendesak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap jenayah keganasan yang dilakukan Pemuda Umno terhadap jentera Pemuda PAS.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai kesal dengan tindakan ganas jentera pemuda Umno yang 'sengaja' mencetus provokasi seterusnya mencetus keganasan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Markas Operasi PAS di Bagan Pinang 8 Oktober lalu.
Isu ini timbul selepas Ketua Putera Umno, Dato'Abdul Azeez Abdul Rahim yang menuduh Pemuda PAS memukulnya, walaupun sebenarnya ia satu penipuan oleh Azeez, katanya.
Provokasi secara terancang ini akhirnya mencetus kenyataan Exco Pemuda Umno Malaysia, Megat Fairus Megat Junid yang katanya mengerahkan 4000 anggota pemuda bagi menggempur jentera PAS jika polis tidak mahu bertindak ke atas dakwaan Azeez dipukul, katanya.
"Kenyataan ini jelas satu hasutan yang sengaja bagi mencetuskan situasi tegang dan mengundang keganasan yang semakin hari semakin ketara.
"Polis pula hanya mampu melihat sahaja apa yang dilakukan oleh jentera pemuda Umno terhadap jentera PAS walaupun pada 7 Oktober itu, satu insiden seorang petugas PAS cedera dipukul oleh lebih 50 Pemuda Umno menggunakan senjata," katanya.
Dalam kejadian pada 7 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang seorang petugas PAS dipukul oleh lebih 50 penyokong Umno ketika mahu mengunjungi UPU Bagan Pinang.
Petugas tersebut, cedera di muka dan lebam di bahagian mata kerana dipukul hingga terjatuh beberapa kali.
Naib Presiden PAS, Dato'Mahfiuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar sendiri menyaksikan kejadian itu di depan mata mereka.
Namun mereka kesal kerana polis enggan bertindak ke atas tindakan samseng-samseng Umno ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 pagi hari yang sama, seorang lagi petugas dipukul oleh penyokong dan jentera Umno dengan menggunakan senjata hingga berdarah.
Antara senjata yang digunakan ialah pedang samurai, besi dan pisau. Mereka menggunakan motorsikal serta kereta dan menyerang siapa sahaja yang memakai lambang PAS. - Kedahlanie
No comments:
Post a Comment