PORT DICKSON 3 Okt. — Polis dapat mengawal kekecohan yang dicetuskan ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.
Sekalipun berlaku insiden ’perang mulut’ dan membaling botol air oleh kedua-dua penyokong parti itu, polis dapat menenangkan keadaan tegang itu yang berlaku sebaik calon BN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas memasuki dewan tersebut untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Pegawai Media Op PRK N31 Bagan Pinang, Supt R.Ravichandran berkata, polis berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini kerana kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.-Bernama
No comments:
Post a Comment