03 October 2009

Penyokong Pas Bagan Pinang ganas - Abdul Azeez

PORT DICKSON 3 Okt. — Tindakan provokasi sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO mencemarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini.

Insiden sama turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

“Ini bukan budaya kita, ini budaya samseng,” kata Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita di luar Dewan MPPD sejurus insiden berlaku.

Abdul Azeez, yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, kesal dengan insiden yang beliau sifatkan paling teruk pernah dialaminya sejak mengikuti 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong Pas melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita.-Bernama

2 comments:

  1. dari dulu pas memang telah diasuh oleh pemimpinnya untuk merusuh..amanat haji hadi,fatwa gila nik aziz dan entah apa lagi pesanan pemimpin yg mendakwa perjuangkan islam..semuanya kerana perasaan sakit hati dan dengki kepada umno..semoga allah mencelakakan penyokong pas yg gila babi tak tentu passal

    ** geram dan meluat

    ReplyDelete
  2. dah leher tu hitam..mana nak nampak lebam ker tak??..kalau Najib tu kena tumbuk mungkin bleh nampak lebam tuuu..Boleh caye ker..Dah hangpa tu UMNO karat buat apa pi lalu depan penyokong PAS..
    Hidup geng Mat REMPIt!!Semoga berubah from PUTERA UMNO..

    ReplyDelete