03 October 2009

Penyokong calon bebas tidak diterima SPR

PORT DICKSON 3 Okt. - Calon bebas Shahruddin Abdul Hamid tiba masuk ke dewan penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada pukul 9.15 pagi.

Namun beliau keluar semula seketika kemudian sambil memberitahu penyokongnya tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya ada pencadang, tetapi penyokong saya tidak diterima kerana bukan orang tempatan. Saya diberi tempoh hingga pukul 10 pagi untuk untuk memberikan nama penyokong," katanya.

Sebelum itu ketika mahu memasuki pekarangan dewan dia di tahan oleh polis sebelum dibenarkan masuk. - Utusan

* Baru padan dengan muka aku...

No comments:

Post a Comment