03 October 2009

Kira-kira 10,000 penyokong dua parti utama berkumpul di pusat penamaan calon

PORT DICKSON 3 Okt. - Kira-kira 10,000 penyokong dua parti utama, Barisan Nasional (BN) dan Pas telah mula berkumpul berhampiran pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) seawal pukul 6.30 pagi.

Calon Pas Zulkefly Mohamad Omar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyokong mula berarak dari Markas Induk, Batu 6 Bagan Pinang sejak 7 pagi dan tiba pada pukul 8.15 pagi ini.

Sementara calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin komponen tiba pada kira-kira 8.30 pagi. - Utusan

No comments:

Post a Comment