28 October 2009

Hamil tidak perlu pakai tali pinggang keledar

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Wanita yang sarat mengandung dikecualikan daripada memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, pengecualian turut diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, individu yang disahkan doktor tidak boleh berbuat demikian dan mereka yang dikecuali oleh Menteri Pengangkutan.

"Sejak undang-undang ini diperkenalkan dari 1 Januari lalu sehingga September ini, sebanyak 9,379 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan jumlah tertinggi ialah di Sarawak.

"Dari Januari hingga Ogos tahun ini, pihak polis juga telah mengeluarkan 803 saman kerana kesalahan sama,'' katanya menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment