
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.
Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.

Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.
Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.
Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.
Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan 'ujian berat' melalui hubungan seks dengan suspek.
Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM. - Kosmo
No comments:
Post a Comment