07 October 2009

Bukan harta karun tulen - Polis

TAPAH - Polis percaya koleksi barangan kemas yang didakwa ditemui beberapa penduduk di Jalan Tapah-Tapah Road di sini merupakan emas palsu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, keyakinan itu berasaskan kepada siasatan awal pihaknya selepas kesemua barangan kemas berkenaan dirampas daripada individu terbabit baru-baru ini.

"Kita telah mengambil semua 'harta karun' yang disimpan oleh Kamaluddin Mohd. Zain serta rakannya, Hamidah Bakar dan mereka berdua telah memberi kerjasama baik.

"Berdasarkan rujukan beberapa pakar emas tempatan semuanya didapati tidak tulen dan dipercayai sekadar disadur dengan emas," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang keterangan daripada Kamaluddin mahupun Hamidah direkodkan dan barangan kemas berkenaan telah dihantar kepada Jabatan Kimia Negeri Perak untuk analisis lanjut.

"Kita akan tahu keputusan muktamad sama ada tulen atau tidak dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka mendakwa tidak ditipu oleh bomoh yang menguruskan 'penarikan' harta karun terbabit, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Rampasan cuma untuk menentukan kesahihan barang kemas," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment