15 October 2009

Anwar sebagai PM,Umno tiada hak!

KOTA BHARU, 15 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pemuda Umno tidak ada hak untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan berada dalam parti itu.

"Kalau Umno nak ikrar, ikrar gilah, Anwar Ibrahim bukan orang Umno.

"Kalau Umno kalah mesti naik orang lain. Kalau Pakatan Rakyat (PR) menang, dia nak buat apa,"katanya.

"Umno nak ganggu orang lain apa kerja? Dia betul orang dia sudahlah. Kat situ pun dah tak kena,"katanya lagi.

Sewaktu ditanya, adakah PAS boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Tuan Guru memberitahu, perkara itu bukan terletak pada PAS sahaja.

"Bukan PAS seorang sahaja, tetapi Pakatan, apabila Pakatan setuju pada satu orang, mahu tak mahu kita terimalah,"tegasnya.

Tuan Guru berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 19 Pelancaran Kutipan Derma Akauan Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah), di Kelantan Trade Center (KTC), di sini sebentar tadi.

Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar � seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata Khairy dalam ucapan sulungnya dalam perhimpunan pergerakan pemuda semalam. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment