06 September 2009

Wanita UMNO mahu calon wanita di Bagan Pinang

KEMAMAN 6 Sept. — Pergerakan Wanita UMNO meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

“Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kamelia berkata, pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment