PEKAN 6 Sept. - Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.
“Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.
“Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang. Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.
- BERNAMA
* Kecoh yang dirancang dari awal.
hanya orang jahat kenal penjahat
ReplyDelete