KUANTAN 4 Sept. - Tiga maut termasuk seorang ustaz dan guru memandu dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 3 Jalan Kuantan - Maran arah Gambang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 12.26 malam itu membabit kereta Proton Satria, Proton Saga dan sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd Yusoff berkata, pemandu kedua-dua kereta berkenaan, Muhamad Hafiz Ismail, 20, dan Md. Sham @ Md. Hisham yang masing-masing ustaz dan guru memandu meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala penumpang kereta Satria, Muhamad Farhan Khamis, 25, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pagi ini.
``Tiga lagi penumpang kereta Proton Saga yang merupakan isteri dan anak-anak mangsa mengalami kecederaan parah,'' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.-Utusan
* Kerajaan mewajibkan pemakaian tali pingang bagi pengguna tetapi tidak mewajibkan pengeluar memasang airbag.
No comments:
Post a Comment