MELAKA 4 Sept.-Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali dan bukan oleh Menteri Dalam Negeri seperti sekarang.
Beliau berpendapat, sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalu satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.
“Ini juga supaya Menteri Dalam Negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pergerakan itu di Sekolah Anak Yatim Sultan Salahuddin di Pantai Kundur di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa pembentangan pindaan ISA dijadual dilakukan semasa sesi Dewan Rakyat Oktober ini tertakluk kepada input yang diterima.
Hishammuddin dilaporkan berkata, kerajaan masih menerima cadangan daripada pelbagai pihak dan sedia memberi pertimbangan dari sudut kepentingan rakyat dan keselamatan negara dan hal sivil individu. - Bernama
* Mahkamah perlu bukti. ISA tidak perlu bukti.
No comments:
Post a Comment