04 September 2009

SKMM minta Malaysiakini buang video kepala lembu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta Malaysiakini membuang dari lamanwebnya dua video yang didakwanya berunsur provokatif, termasuk klip mengenai perarakan kepala lembu.

Dalam suratnya kepada Malaysiakini, SKMM berkata video tersebut mengandungi kandungan yang ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara. - Malaysiakini

BERITA BERKAITAN

Dekat sebelah ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...

Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..?

Tengok dalam rakaman video dekat bawah... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...




* Pelaku dibiarkan kerana pihak keselamatan menjadi tunggangan UmnoBN.

2 comments:

  1. KETUA POLIS KE KETUA SAMSENG????

    ReplyDelete
  2. SYABAS UMNO..BIAR HILANG KUASA DAN UNDI HINDU DARIPADA ISLAM DIPERMAINKAN

    ReplyDelete