04 September 2009

SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL...

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang (video aktiviti korban ~ pengunjung India tidak digalakkan klik) secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi. - Mstar

* Jika UmnoBN kalah di sini. Pakatan Rakyat cerah perintah Malaysia selepas pilihanraya umum akan datang.

8 comments:

  1. SuperStarRajinikanthSeptember 4, 2009 at 4:48 PM

    kerusi ini yang kita semua sedang tunggu-tunggu untuk melihat sejauh mana kekuatan PR.

    ReplyDelete
  2. NAJIB DAH STANBY PENGUNDI POS...ASKAR???

    ReplyDelete
  3. PR KUAT KELENTONG
    PR KUAT BELIT
    PR KUAT HASUT
    PR KUAT MAIN PUNGKOQ
    PR KUAT KERANA BUKAN MELAYU MELIHAT PAS DAN PKR BOLEH DIPERBODOHKAN

    ReplyDelete
  4. Baganpinang boys hang ni Islam ka bukan? La bulan posa tak baik kata macam tu.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah Pakatan Rakyat menang.

    ReplyDelete
  6. mana ada nas ada bulan tak baik..semua bulan mulia..cuma pas yg ajar aku jadi mcm ni..boleh maki sesuka hati

    ReplyDelete
  7. Baganpinang boys, hang mau dosa ka pahala?

    He he he

    ReplyDelete
  8. Tengok sj la keputusan lepas undi nati... sekiranya ada penipuan maka keputusannya pun tak betu la...

    ReplyDelete