BUKIT MERTAJAM: Berdasarkan perubahan sikap penyokong di Permatang Pasir, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yakin sokongan penduduk akan beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.
Beliau menggunakan teori "pendulum" atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN.
"Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.
"Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang," katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah di sini, hari ini.
Mengenai kempen pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata Umno akan berkempen secara berhemah dan tidak akan menyerang peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat.
"Pada bulan Ramadan ini, ceramah akan dilakukan selepas solat terawih," katanya. - Bernama
* Umno tidak boleh dipisah dengan tahyol dan khurafat.
sudah-sudah lah tu PAS dok keja maki org,..buat fitnah.
ReplyDeleteMemang itu realiti,..kami di sini mmg yakin BN akan dapat sokongan,..momentum manek urai akan dikekalkan di kubu kuat pembangkang ni.
Insyaallah BN menang di Permatang Pasir,...kami doakan kemenangan BN Ya ALLAH,..AMIN.
teori paling bodoh pernah ak dengar..pikir cerdik sket boleh x wahai pemimpin2 UMNO sekalian..
ReplyDeleteRealiti pendulum...ko gi kulum sendiria laaa....
ReplyDelete