04 August 2009

Tuduhan Anwar tidak berasas: Nazri

BANDARAYA MELAKA - Tuduhan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa polis menjadi 'kuda tunggangan' UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menyuraikan perhimpunan Gerakan mansuhkan ISA (GMI) dianggap tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sesiapa pun tidak boleh menghalang tugas polis menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Menurutnya, Anwar sepatutnya tahu dan faham mengenai undang-undang negara kerana beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

“Kita mesti matang dalam berpolitik, jangan menghalang polis, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka. Undang-undang ini wujud pun sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang, jadi dia tidak menghormati undang-undang.

“Hendak desak kerajaan hapus ISA nak buat apa? Pergilah buat ucapan pada rakyat, pergilah buat begitu sebab dia tahu dia bukan kerajaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Insolvensi Malaysia di Tanjung Kling, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar dalam laman blognya yang menuduh polis menjadi 'kuda tunggangan' UMNO/BN bagi menyuraikan perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lalu bagi mendesak memansuhkan ISA.

Menurut Nazri, Anwar tidak sepatutnya menuduh polis seperti itu berikutan pihak berkuasa hanya menjalankan tugas meleraikan perhimpunan haram terbabit.

"Sikap pembangkang yang negatif itu harus diubah berikutan masih banyak lagi saluran boleh digunakan pihak terbabit dalam membuat bantahan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah membincangkan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya bersedia mengkaji untuk memperbaiki akta itu.

Mengenai seorang Timbalan Exco Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, Nazri berkata, SPRM adalah sebuah suruhanjaya yang akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan rasuah tanpa mengira kaum dan parti politik.

“Kalau ada aduan dan betul cukup bukti dakwa lah, kita nak memerangi rasuah tanpa mengira siapa mereka. Kalau ada perbuatan rasuah, kita tidak peduli sama ada dia UMNO, Pas, DAP atau pembangkang, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, penahanan itu turut menjawab persoalan yang pernah dibangkitkan pemimpin DAP, Teresa Kok yang mendakwa SPRM tidak adil berikutan hanya menyiasat kes-kes rasuah melibatkan pemimpin DAP daripada bangsa Cina sahaja.

“Jangan kita bersikap seperti DAP, seolah-olah orang Cina langsung tak boleh rasuah jadi satu ketika pemimpin DAP disiasat. Teresa Kok kata seolah-olah SPRM nak menyiasat pemimpin-pemimpin wakil rakyat Cina sahaja.

“Sekarang di Terengganu dia, bangsa Melayu. Kita tidak peduli dia Melayu, India, orang putih atau sebagainya, kalau dia buat rasuah ada aduan dan bukti kita dakwa. Itu jaminan saya,” katanya. - Sinar Harian

* Rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan.

3 comments:

  1. 'Rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan'

    hakikat sebenarnya
    Org yg cerdik jarang sekali merasakan dirinya hebat kecuali org yg bodoh sentiasa merasakan dirinya diperbodohkan

    fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  2. HAKIKAT SEBENARNYA...AHLI BAWAHAN UMNO YG SEDIA ADA BODOH SERING KALI DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO YANG MEMANG BODOH.....

    FIKIR-FIKIRKAN LAH....KALAU TAK MENGIYAKAN...MEMANG LA BODOH!!!

    ReplyDelete
  3. eh eleh mamat nazri ni banyak bunyi pulak.

    dulu pungkok mahathir kalau boleh dia nak cium, sekarang orang tua tu dia kutuk habis.

    boleh blah nazri.

    ReplyDelete