17 August 2009

Tolak kemungkinan tali pinggang Beng Hock putus akibat pergelutan

SHAH ALAM 17 Ogos – Pakar perunding kanan perubatan, Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat tali pinggang Teoh Beng Hock akan tertanggal dari seluar sekiranya ia terputus semasa dipegang ketika badan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor itu tergantung di udara.

Katanya, badan Beng Hock juga tidak akan tercampak sebaliknya jatuh secara lurus jika dia dipegang pada bahagian tali pinggang semasa jatuh.

Beliau turut menolak kemungkinan tali pinggang terputus disebabkan berlaku tolak menolak atau pergelutan kerana tiada sebarang kesan jelas pada badan mahupun kawasan sekitar tingkap. - Utusan

No comments:

Post a Comment