KUALA LUMPUR 17 Ogos — Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasat semua kes rasuah tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang.
Pengerusinya, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, lembaga berpandangan bahawa SPRM mempunyai tanggungjawab undang-undang bagi pencegahan rasuah dengan cekap dan berkesan.
“LPPR yang diwujudkan melalui undang-undang mempunyai peranan untuk memastikan SPRM terus melaksanakan tugasnya dengan bebas, telus, berkesan dan profesional dalam membanteras jenayah rasuah di samping memastikan keadilan dilaksanakan ke atas semua pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
* Ini tidak, SPRM dilihat digunakan Umno untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment