23 August 2009

Speaker DUN Kedah diminta timbang semula keputusan - Johari Baharom

JITRA 23 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail diminta menimbang semula keputusan beliau yang mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Anggota Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, kerajaan Kedah pimpinan PAS seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

“UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hassan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kedua-dua pihak sepatutnya memberi tumpuan untuk menunaikan tuntutan rakyat dan usaha mengukuhkan ekonomi negeri.

Isu Abu Hassan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 17 Ogos lepas memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 9 April dan 9 Ogos tahun ini.-Bernama

* Adakan pilihanraya, Umno kalah. Itu yang menakutkan.

No comments:

Post a Comment