23 August 2009

Rais yakin majoriti pembangkang menurun

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yakin majoriti undi pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan menurun kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka perlukan pembaharuan.

Beliau berkata, tindakan pembangkang menggunakan isu peribadi untuk menyerang calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman membuka mata rakyat bahawa mengundi sebenarnya perlu menggunakan akal dan bukan emosi.

“Kalau nak menang pilihan raya jangan mengutuk orang lain, jangan gunakan isu peribadi dan karektor atau sahsiah orang lain. Kalau nak menang pilihan raya dengan cara itu, itu bukan menang pilihan raya tetapi menang mentohmah orang,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik operasi RTM di Hotel Sunway, di sini.

Beliau berkata, amat penting bagi rakyat negara ini untuk berpegang kepada Rukun Negara dan menyerahkan kepada sistem demokrasi untuk menentukan siapa yang menang kelak.

Katanya, inilah masanya semua pihak perlu bersatu dan bertindak berlandaskan Rukun Negara dan keimanan dan bukannya menggunakan cara tidak berhemah untuk mencapai kejayaan.-Bernama

* Rais silap. Rakyat perlu tahu calon itu pencuri atau bukan. Baik atau jahat.

No comments:

Post a Comment