25 August 2009

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti hari ini menangkis laporan media antarabangsa bahawa Malaysia mengamalkan undang-undang yang zalim terhadap wanita susulan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hukuman sebat dan denda maksimum yang dikenakan ke atas model sambilan itu atas kesalahan minum arak tidak merendahkan kredibiliti Mahkamah Syariah.

"Media antarabangsa tunjuk seolah-olah undang-undang syariah menzalimi wanita. (Laporan) ini juga mencemarkan nama baik negara kita yang amalkan undang-undang adil dan saksama," katanya.

"Isu ini mendapat perhatian banyak pihak... Ia beri gambaran seolah-olah pentadbiran undang-undang Islam nampak zalim ke atas wanita.

"Saya lihat sistem perundangan syariah kita masih belum jatuh kredibilitinya... Sistem syariah kita masih boleh dibanggakan," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menyambut baik tindakan Ketua Hakim Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, yang mahu menyemak semula keputusan yang dikenakan ke atas Kartika sebagai satu langkah positif apabila wanita berkenaan enggan merayu hukuman ke atasnya.

"Hak (untuk merayu) itu berada di tangan Kartika. Dia patut gunakannya," katanya, yang beranggapan ibu beranak dua itu mngkin bertindak demikian kerana trauma dengan keputusan tersebut. - Malaysiakini

* Mereka jauh lebih zalim apabila membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment