25 August 2009

Hukuman ditangguh hingga ada tukang sebat syariah

Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita di Putrajaya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan petunjuk bidang keberhasilan utama negara di ibu pejabat kementerian berkenaan hari ini. BERNAMA

* yang sebenarnya mereka (kerajaan UmnoBN) enggan melaksanakan hukuman itu kerana ia mirip hukuman hudud (hukuman Islam). Inilah yang sering diingatkan oleh Murshidul Am PAS akan pegangan dan fahaman Umno yang sudah lari dari Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment