05 August 2009

Ronnie dakwa disabotaj, Tony beri amaran keras

Demikian jawapan ringkas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu mengenai desakan Pas Selangor agar beliau digugurkan daripada jawatan berkenaan kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut dakwaan itu berkata, beliau tidak mengetahui peristiwa yang berlaku di Bandar Sunway.

“Saya tidak menghubungi mana-mana pegawai bahkan tidak menerima sebarang komplen berhubung insiden itu,” katanya.

Dalam insiden di Ampang, katanya, Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak merobohkan mana-mana kuil tanpa mendapat persetujuan daripada jawatankuasa agama selain Islam di Selangor.

“Apa yang berlaku disebabkan pegawai-pegawai menjalankan tugas tanpa mengikut arahan. Yang Dipertua Majlis Daerah Ampang Jaya (MPAJ) Ampang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan dia bertindak mengikut peraturan. Justeru ia tidak boleh dilihat sebagai satu campur tangan,” katanya ketika ditemui di Bangunan SUK, di sini, semalam.

Katanya, arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri jelas, iaitu tidak boleh merobohkan kuil atau tempat ibadah tanpa persetujuan daripada Exco Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berhenti berlakon seolah-olah beliau ‘Menteri Besar UMNO’.

Menurut Pua, Dr Hasan seharusnya sedar bahawa beliau salah seorang dari Pakatan Rakyat (PR) dan bertindak mengikut undang-undang.

“Kenyataan Hassan mengkritik tindakan Ronnie yang menjalankan tugas tidak seharusnya berlaku malah bertentangan dengan semangat PR," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan PBT melaksanakan rampasan seperti itu tiada dalam bidang kuasa mereka ataupun atas arahan akta Islam di negeri ini. - Sinar Harian

* PAS perlu bertegas dengan kumpulan ini.

No comments:

Post a Comment