
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000, demikian lapor Bernama.
ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Rosli.
Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.
Rosli dikatakan seorang ADUN dari kem mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh.
http://mymigrasi.ning.com
MANTAN MB TRENGGANU DAH TERLALU BANYAK MAKAN BABI (RUJUK KATA MAHATIR MAKAN RASUAH SAMA DGN MAKAN BABI)JADI...ANAK BUAH PUN NAK MAKAN SAMA JUGA. APA-APA PUN AHLI UMNO BAWAHAN YG JADI MANGSA TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA.......LIHAT KAT TRENGGANU??? BERAPA RAMAI AHLI UMNO BAWAHAN YG MASIH MEREMPAT??? AHLI UMNO BAWAHAN..BELAJARLAH MCMANA NAK PERBODOHKAN PEMIMPIN ATASAN UMNO PULA...MCM ORG KELANTAN BUAT. MINTAK APA YG BOLEH MINTAK....BAGI DUIT AMBIL...PAS TU PANDAI-PANDAI LA....NAK-NAK SEKARANG UMNO TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN. JGN LA MINTAK BILA UMNO KUAT MACAM MASA TAHUN 1990 - 1996???
ReplyDelete