KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pemberian rebat diskaun tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch n Go dan Smart Tag tidak terhad kepada lebuh raya terpilih sahaja tetapi ia meliputi semua lebuh raya di seluruh negara.Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika menjelaskan perkara itu, mengakui terdapat tanggapan di kalangan pengguna bahawa kemudahan itu hanya terpakai kepada penggunaan lebuh raya tertentu.
"Sebenarnya tanggapan itu salah, asalkan dia guna Touch n Go dan Smart Tag di mana-mana lebuh raya sekalipun, bukan hanya terhad kepada Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) atau Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan mana-mana lebuh raya.
"Pengguna boleh campur semua lebuh raya yang digunakan, asalkan lebih 80 kali sebulan maka dia akan dapat rebat itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jalan sambungan dari Persimpangan Bertingkat Kinrara, Lebuh Raya Shah Alam ke Taman Sri Manja di sini hari ini. - Utusan
* Sekali pandang menguntungkan, dua kali pandang seperti sebuah pasar raya membuat diskaun 20% bagi menarik pelanggan ramai sedang hakikatnya mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan promosi tersebut.
No comments:
Post a Comment