03 August 2009

Permatang Pasir: Datuk Jalil tolak jadi calon

Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid secara terbuka mengumumkan akan menolak jika dicalonkan bertanding mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan lebih 200 perwakilan Pemuda bahagian tersebut yang menghadiri persidangan Pemuda bahagian itu, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Exco Pemuda Umno Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin yang merasmikan persidangan tersebut.

Menurutnya, dalam ucapan tersebut, Abdul Jalil berkata beliau tidak mahu menjadi calon kerana mahu memastikan ahli Umno di bahagian itu bersatu dalam menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

"Jika dicalonkan, Datuk Abdul Jalil berkata beliau akan menolaknya," kata Nazir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Nazir, selepas beliau menyampaikan ucapan perasmian, Abdul Jalil berbisik kepadanya bahawa beliau mahu membukti tanggapan bahawa Umno di bahagian itu bermasalah, sudah selesai.

"Orang sebut bahawa Permatang Pauh ada masalah, calon yang dipilih kena sabotaj, kali ini dia nakkan semua itu ada noktah. Beliau mahu ahli Umno Permatang Pauh bersatu," katanya.

Kata-kata Abdul Jalil itu, kata Nazir, turut didengar oleh timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian berkenaan.

ADUN Permatang Pasir dari PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. - Malaysiakini

* Sudah tahu akan kalah...

6 comments:

  1. Elok sangat la tu datuk..kita cubalah plak letak pemborong sayur atau pesawah padi..kalau abe uji boleh , kita lagi la boleh..dan kalau boleh kita minta abe anwar yg bertanding kat situ..

    ReplyDelete
  2. SALAM

    SEMOGA PAS TIDAK MELETAKKAN CALON SEBAGAIMANA KAT MANEKURAI..ORG KAT PERMATANG PASIR NI TAK RELA DIPERBODOH DAN DIKETAWAKAN OLEH UMNO..

    BUKAN APA,TAKUT MAJORITI 5000 TINGGAL 50

    ReplyDelete
  3. Abe Mat Sabu...Boleh..Bagi chance kat dia...Bagi dia jerkah Ketua Pembangkang BN dalam dewan Penang sekurangnya-kurangnya sakit jantung.

    Abe Mat Sabu takkan lompat parti punya...Menang majoriti sikit lagi baguih supaya DUN Perak akan Bubar pas nie...Silap2 1Malaysia akan bubar tahun 2010 nie..Depa rasa confident lebih nampak!!

    Pergi Jahanelah mu UMNO...

    ReplyDelete
  4. bodoh juga anon 10.08 ni.og cakap pasal dun penang yg pi celapak sampai ke perak apa kejadahnya biol betoi

    ReplyDelete
  5. Tuhan Maha Kaya..

    NIK AZIZ telalu riak..sering menghina UMNO..sering menafikan pembangunan ISLAM yg dibina UMNO

    Kelmarin..
    NIK AZIZ tanpa rasa malu dan hina...dgn muka setebal 44 inci pergi menyambut PM (Org UMNO)..kenapa? Ini baru secebis drp hukuman yg Allah turunkan di dunia..semoga dosa Nik Aziz kpd ahli UMNO diampunkan..amin

    ReplyDelete
  6. Pelik jugak Ketua UMNO P.Pauh tolak tawaran jd calon PRK P.P ????? waduh..waduh..wak...ini tak pernah terjadi wak!!!!!

    Ini lah tandanya UMNO (khususnya kawasan itu) tiada daya dan tiada kuasa nak melawan!!!! pasti lebur punya....dpd menaggung malu kelak, lbh baik passing kat org lain...

    agak2nya Ustad Sepak Tong tak jd calon UMNO !!!!!!hancur lah UMNO...

    ReplyDelete