26 August 2009

Pergaduhan Beng Hock, Booh Wah berlaku 2 pagi

SHAH ALAM 26 Ogos – Mahkamah koroner hari ini diberitahu bahawa terdapat pergaduhan antara Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dan Tan Boon Wah di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kira-kira pukul 2 pagi, 16 Julai lalu.

Pegawai penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai SPRM, Bulkini selepas, Beng Hock ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada pukul 2 petang hari yang sama.

Peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo bagaimanapun memaklumkan beliau akan mencabar kenyataan tersebut selepas mendapat arahan lanjut kelak. - Utusan

No comments:

Post a Comment