26 August 2009

ADUN Kulim ambil alih portfolio Mohd. Radzhi

ALOR SETAR 26 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee yang juga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipilih untuk menggantikan Mohd. Radzhi Salleh yang dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan agar jawatan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah yang dipegang oleh Mohd. Radzhi dilucutkan.

Ia berikutan tindakan Mohd. Radzhi yang juga ADUN Lunas keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, Isnin lalu.

Dalam pengumumannya di Kuala Lumpur, Mohd. Radzhi bagaimanapun tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri. - Utusan

* Jadi Pak Kadok.

No comments:

Post a Comment