31 August 2009

Peragut cedera parah terjun bangunan kerana lari dari polis

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang lelaki yang dipercayai baru menyamun seorang wanita cedera parah di kepala dan patah tangan serta tulang pahanya sewaktu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima rumahnya dalam satu serbuan di Flat Seri Jati, Jalan Puchong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek sebelum itu bersama-sama seorang rakannya pada pukul 5.30 pagi telah menyamun seorang wanita dengan menaiki motosikal berhampiran kawasan rumahnya.

“Mereka kemudian pulang ke rumah yang terletak berhampiran kawasan kejadian tanpa menyedari mangsa ragut itu telah mengikuti mereka dari belakang sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment