07 August 2009

Penjual buah-buahan mati ditetak

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Seorang penjual buah-buahan mati dipercayai ditetak oleh sekumpulan sembilan lelaki bersenjatakan parang ketika dia sedang minum bersama tiga rakan di sebuah restoran yang terletak di bawah rumahnya di Jalan 1, Selayang Baru di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, G. Rajendran, 52, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badannya kerana tetakan bertubi-tubi dengan parang oleh sembilan suspek tersebut.

Difahamkan, dalam kejdian itu, mangsa yang lebih dikenali sebagai Raja, hampir putus tangan kirinya.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa didatangi sekumpulan sembilan lelaki,empat daripada mereka memakai topeng, yang kemudian meluru ke arah mangsa dan terus menetaknya.

Kesembilan suspek datang dengan dua buah kereta iaitu sebuah Proton Waja dan Proton Iswara.

Tiga lagi rakannya dikatakan sempat melarikan diri ketika mangsa diserang.

Suasana di tempat kejadian turut diselubungi kesedihan dan suara tangisan ahli-ahli keluarga mangsa.

Kediaman mangsa terletak di tingkat tiga rumah kedai tersebut. Rajendran yang bekerja di pasar borong lama Selayang, dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Motif pembunuhan masih belum diketahui tetapi polis akan siasat kes itu daripada semua kemungkinan," katanya.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222 untuk membantu siasatan polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. - Utusan

* Selamat datang ke pesta buah-buahan dan pesta jenayah di Malaysia.

5 comments:

  1. MANA PERGI POLIS KAT MALAYSIA NIE....DIFAHAMKAN TIAP-TIAP TAHUN ADA PENGAMBILAN BARU KTGN POLIS??? AMBIL KAKITANGAN BARU POLIS HANYA UTK MENJAGA CERAMAH-CERAMAH PAKATAN RAKYAT KE???

    ReplyDelete
  2. dah pakatan rakyat buat hal .. kena la jaga.. dorang kan kuat.. hahahaktuihh!

    nak salahkan polis buat apa? kepala hotak dah berkecai ke?

    ReplyDelete
  3. Kesan dari pemerintahan berzaman geng jahat media cyber.

    ReplyDelete
  4. aci aci buka pintu..org india mahu kerajaan malaysia tubuh itu suruhanjaya siasat ..ini malaysia sudah tarak aman .. PR juga bikin kacau..hari2 datang sini hasut sama orang..cilaka punya PR

    ReplyDelete
  5. hoii bro,

    I tak tahu what hell yall talking about? This guy is my uncle, ok..
    Kes Politik jangan masuk campur dengan hal ni, just throw at dustbin...Kalau korang cakap one more word as like insulting my uncle..I will sued this blog. Korang tak akan paham sampai keluarga atau korang kena mengalami situasi seperti ni..Tq

    ReplyDelete