KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.
Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.
"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.
Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.
Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.
Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.
Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.
Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.
"Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka," tegasnya.
Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.
Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.
"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.
Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.
Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.
"Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan," tegasnya.
* Tak usah mimpi berlaku di zaman UmnoBN.
Ertinya:
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(H.R. Ibnu Majah)
jika anda dah ambil tindakan..bagusla dan tahniah..tapi sikap riak dan sombong menyerlahkan sikap khalid yg sebenarnya
ReplyDeletejgn plak esok lusa cina DAP bantah..khalid salahkan UMNO juga
tapi,dah peel nak salahkan UMNO nak buat cam ne....
MatSelimut...Mu selimut dgn kain kapan kaa..Jangan buat tuduhan bodohmu...dah Dato khalid buat benda baik pun tuduh itu dan ini...Berdoalah utk dia supaya ada sesuatu lebih baik utk org Islam dia akan buat....kami pun duk berdoa supaya Chedet dipanjang umur ke tahun 2020 impiannya itu yg pada Masa itu ditangan BN atau PR yg memerintah!!
ReplyDeleteMatselimut nie sebenarnya dah tension tak dapat teguk botol haram...pasal tu komennya mcm ahli bawahan UMNO yg sedia ada BODOH aje....
ReplyDeleteRamalan MatSelimut..benar2 tepat
ReplyDeleteBaru sekejap tadi TV3 siarkan kenyataan hassan ali..cina dap bukan takat bantah tapi arah supaya penjualannya diteruskan..
cuma bezanya hassan ali belum salahkan UMNO..pagi esok mungkin UMNO dituduh mendalanginya.
Kepada sdr anon2,tak yah le cepat melatah dgn MatSelimut..terimalah hakikat..UMNO dan BN lebih bijak dan terbaik dlm menyelesaikan masalah rakyat..tak yah la nak bodoh2kn sesiapa kerana org yg mulia,org yg beriman tidak pernah dan tidak akan membodohkan org lain..kecualilah org itu baru keluar dr tg.rambutan