15 August 2009

Lagi mahu Jamaluddin Jarjis lepaskan kerusi Parlimen Rompen

KUANTAN: Sebelum ini, seorang aktivis PAS di Rompin menggesa Jamaluddin Jarjis meletak jawatan sebagai Ahli parlimen kerana telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Aktivis PAS tersebut, Fadly Ramly membuat desakan tersebut berpandukan kepada beberapa asas di antara masa keberadaannya bersama rakyat Rompin akan menjadi terhad kerana lokaliti kerja beliau sudah berpindah ke seberang laut, apa lagi kata beliau, Jamaluddin seperti mana diketahui umum bukan suka sangat berada di kawasan Rompin dan paling jarang turun padang.

Dalam tinjaun susulan Siasah, ternyata ramai yang merasakan wajar sekiranya Jamaluddin melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen supaya rakyat di daerah tersebut dapat memilih wakil rakyat baru yang boleh memberi tumpuan lebaih banyak masa di kawasan.

“Apalah nasib rakyat Rompin, dulu Maznah Mazlan yang menang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah telah ditarik ke Kuala Lumpur dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kini Jamaluddin Jarjis yang menang kerusi Parlimen Rompin ditarik ke Amerika pula.

“Apakah pihak kerajaan sudah ketandusan tokoh atau rakyat Rompin sendiri tidak penting sehingga wakilnya yang dipilih sebagai amanah rakyat dalam pilihan raya boleh menjalankan kerja-kerja wakil rakyat secara remote control,” demikian rungut seorang penduduk Rompin ketika mengulas pelantikan Ahli Parlimen Rompin selama lima penggal Datuk Seri Jamaluddin Jarjis oleh kerajaan Malaysia sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua wakil rakyat Rompin yang menang dalam pilihan raya lalu ‘ditarik’ ke tempat lain.

Sebelum ini bekas exco Pahang Datuk Maznah Mazlan yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui tiket senator tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kerusinya sebagai Adun.

Kini giliran Jamaluddin pula dilantik sebagai duta mewakili negara dan dalam masa yang sama masih kekal sebagai Ahli Parlimen Rompin.

Bagi seorang penduduk tempatan, Mazlan Mohd Yasin, kewajaran pelantikan Jamaluddin dilantik menjadi duta adalah tidak munasabah kerana menampakkan pimpinan negara yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghargai mandat rakyat.

Bagi beliau, tidak mungkin tidak ada orang lain yang boleh dilantik menjadi duta.

“Pada saya perlantikan duta tidak semestinya orang politik . Mereka boleh dilantik dari kalangan ahli akademik, pemikir, strategis, bekas panglima tentera dan seumpamanya. Jika dari kalangan ahli politik pun biasanya yang telah bersara daripada wakil rakyat”

“Apakah tindakan ini sekadar untuk merihatkan Jamaluddin yang selama ini dikenali sebagai ‘orang Najib’ tetapi tidak dilantik menjadi Menteri setelah Najib jadi Perdana Menteri?” soal Mazlan.

Mazlan merasa pelik dan mempersoalkan bagaimana Jamaluddin mampu melaksanakan tugas sebagai ahli parlimen selepas ini terutama bagi menangani aduan-aduan penduduk setiap hari dan bagaimana jika mereka yang memerlukan khidmat wakil rakyat mereka. Sedangkan dia di luar negara. - Siasah

* 1Malaysia, kroni didahulukan.

1 comment:

  1. AHLI UMNO BAWAHAN KUALA ROMPIN PULA DIPERBODOHKAN????

    ReplyDelete