21 August 2009

Ketua kampung dan askar terbunuh di Selatan Thai

YALA 21 Ogos - Seorang ketua kampung beragama Islam mati ditembak ketika memasuki sebuah masjid manakala dua askar terbunuh dalam serangan terbaru yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah Thailand di selatan negara itu hari ini.

Kejadian itu berlaku di Narathiwat dan Pattani, dua daripada tiga wilayah Islam terbesar yang bersempadan dengan Malaysia di mana hampir 3,500 orang telah terbunuh dalam pergolakan yang berlaku sejak 2004.

Ketua kampung itu ditembak empat kali oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali dari sebuah motosikal ketika mangsa memasuki masjid untuk solat subuh di Patani, kata polis.

Kejadian kedua berlaku beberapa jam kemudian apabila sekumpulan askar peronda diserang di Narathiwat menyebabkan dua tentera terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera. - Reuters

No comments:

Post a Comment