“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”PENDAHULUAN
MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).
Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.
Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR
Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.
Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.
Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.
Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.
TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR
PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.
KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.
KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.
Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.
YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009
- Msomelayu
pulak..asyik dok salahkan org ajee..pi mai..pi mai..dah tak dak akai..UMNO juga yg dibantai
ReplyDeletedah berkuasa..cubalah laksana..tak yah la dok berdolak daleh
Dia org bantai UMNO sebab dia org jelous..itu aje.Dia org ni semuanya ada PHD,so nak dihairankan ape
ReplyDeleteUmie bimbang, penat2 draf,MB Selangor kata kalau PAS tak suka dengan kerajaan pakatan kat Sgor boleh belah..
korang nie org melayu Islam kan..soal arak jgn wat memain..bukan persoalan PAS disini..tp isu arak wajib spt dlm al-quran utk diikuti..klu org UMNo tak setuju larangan arak keatas org Islam..nampak sgt la UMNO punya org nie camaner, Islam ker or ..... lu pikir la sndri
ReplyDeleteKalau kenna ikuti, usahlan pakai undang2. lagipun ia menjejaskan orang2 bukan Islam. Bukan kah Islam mesti menjaga kepentingan semua termasuk orang2 bukan Islam.
ReplyDeleteAwak suka kalau kita kata daging lembu tak boleh dijual di Brickfields
Oh come on! Muslims should be self control with or without laws. Laws are man made. You want law. Try Law of Moses! I guarantee you die
NAMPAKNYA DALAM KES NIE, AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH TERUS DIPERBODOHKAN LAGI OLEH PEMIMPIN ATASANNYA DENGAN MEMUTARKAN BELIT FAKTA. SELAMA 52 UMNO MEMERINTAH....JUDI, ARAK 7 JENAYAH SEMAKIN BERTAMBAH??? BAYANGKANLAH....BAYANGKAN YE....ORG BERAGAMA ISLAM BOLEH JADI PENGERUSI GENTING??? MAKAN BABI TAKUT HARAM TAPI SHARE ADA DLM LADANG TERNAK BABI OK?? ISA SAMAD JADI ISA TAK SELAMAT LEPAS PRU13???
ReplyDeleteAnon bodoh menbohoh, babi membabi ada lagi,masih tak bertaubat juga..hari ni aje dah berapa ekor babi ko makan daa..
ReplyDeleteHanya ketaqwaan dan keimanan yg dapat memisah dan membezakan antara Islam sejati dan Islam dlm IC..Islam yg sejati tak akan meneguk arak walau dihunus pedang dilehernya..
Kalau maslah ARAK pun nak sabitkan UMNO..PRU 13..PAS jadi pasembor ajalah..PKR selamat,sebab ramai kaki botol ada bersamanya..tak gitu sivarasa?
looes74 said...
ReplyDeleteKalau kenna ikuti, usahlan pakai undang2. lagipun ia menjejaskan orang2 bukan Islam. Bukan kah Islam mesti menjaga kepentingan semua termasuk orang2 bukan Islam.
Awak suka kalau kita kata daging lembu tak boleh dijual di Brickfields
"lOOES 74, JGN IKUT LOGIK AKAL JER, ARAK TUE PENGHARAMAN ADA FAEDAH DIA..MINUM ARAK APA DAPAT????SBB TU ISLAM TEGAS DLM SOAL ARAK, KO PULAK NAK SABITKAN JUAL LEMBU KAT BRICKFIELDS..INDIA PUN X BISING, INI NGAKU ISLAM..TP MCM LEMBU...
UMNO kan memang LEMBU!!!
ReplyDeleteNak hujah otak letak kat pungkoq!!!!