13 August 2009

Kenyataan nik aziz boleh huru-harakan negara

MELAKA 13 Ogos _ Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah segelintir pemimpin DAP menghina Islam boleh mencetuskan berlakunya huru-hara di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, situasi negara ini yang stabil dan aman sejak hampir 52 tahun Merdeka adalah atas sikap menghormati budaya dan agama kaum lain yang ada di negara ini.

``Saya pun hairan bagaimana seorang yang dianggap sebagai tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam, ini macam kita jual Islam untuk politik.

``Saya juga takjub bagaimana Nik Aziz sebagai ketua kerajaan negeri boleh kata, tak pa lah dia tak faham. Tak kan tak faham.

``Kalau ada orang Islam mencerca agama Kristian kita pun marah. Kita dah lama hidup dan tak mahu mencetuskan huru-hara,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini. - Utusan

* Tak kata apa, boleh cetus huru-hara? Muhyiddin sudah tidak siuman?

3 comments:

  1. OTAKNYA DAH JADI 1/2 GILO BILA ADA MAKLUMAT MENGATAKAN NAJIB ADALAH PM TERAKHIR UMNO DAN UMNO AKAN HANCUR LEBUR SELEPAS PRU13. SELEPAS PRU13,KEBANYAKAN PEMIMPIN UMNO TINGGAL DI RUMAH TEMBOK BATU BERTINGAP JERIGI BESI DI SIMPANG RENGGAM???? PASAL TU MUYIDIN MEROYAN TAK TENTU PASAL......SEKARANG RAKYAT DAH BIJAK..TAK PERLU NAK TEMBERANG LA...

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Bulan Kenaikan 1Malaysia ..September 2009:

    Antara2nya:

    1) Jangkaan Kematian akibat Selsema Babi.
    2) Minyak Petrol naik.
    3) Tambang Teksi Naik
    4) Tambang Bas Naik
    5) Ayam..Dah Naik
    6) Gula ?? Tak confirm lagi..Aku sampai hari nie nak beli sekilo pun tak dapat lagi.

    Terima Kasih Kerajaan Malaysia..

    ReplyDelete
  3. bodoh punye umno!

    ReplyDelete