27 August 2009

Kedudukan saya lebih teruk - Soi Lek

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya hari ini lebih teruk berbanding situasi semasa beliau melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 januari tahun lalu.

Dalam laman blog peribadinya yang boleh diakses di http://drchua9.blogspot.com, bekas Timbalan Presiden MCA itu turut mempersoalkan sama ada pemecatannya itu akan memulihkan imej parti.

“Adakah pemecatan saya akan meningkatkan imej parti? Saya perlu mengandaikan Presiden sekarang (Datuk Seri Ong Tee Keat) bersih dan jernih umpama kristal.

“Hanya masa yang akan menentukannya,” katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment