SERI MANJUNG 23 Ogos — Kedudukan Datuk R.Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya ditentukan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bukan ditentukan oleh pembangkang, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata berkata pelantikan seorang Speaker dibuat menerusi persidangan DUN, maka kedudukan Ganesan sama ada masih sah sebagai Speaker atau sebaliknya juga perlu dilakukan menerusi kaedah yang yang sama.
“Sama ada Ganesan masih sah sebagai Speaker dan sebagainya adalah ditentukan oleh sidang DUN kerana yang melantik seorang Speaker bukan (Datuk Seri Mohammad) Nizar (Jamaluddin), (Datuk) Ngeh (Koo Ham) atau Nga (Kor Ming)...yang melantik Speaker adalah sidang DUN, jadi biarlah sidang DUN yang tentukan sama ada masih sah atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment