KUALA LUMPUR 15 Ogos — Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggunakan pendekatan “sentuhan peribadi” dengan mendekati dan bertemu sendiri pengundi semasa berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.
Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata menerusi pendekatan itu, BN dapat mendengar pandangan selain memahami keperluan pengundi di kawasan itu.
“Kita akan ikut strategi seperti di Manik Urai, di mana kita buat pendekatan dari rumah ke rumah dan membuat perbincangan kelompok kecil untuk bertemu dan memahami keperluan pengundi,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar Kenegaraan dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan dan Perpaduan Negara 2009 sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-52 di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu, yang dijadualkan pada 25 Ogos, akan menyaksikan calon BN Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Cawangan Permatang Pauh mencabar Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas. - Bernama
* Di Manek Urai janji jambatan, Permatang Pasir janji apa?
BN akan janjikan pasir-pasir ditukarkan kepada manek-manek utk dibuat gelang2 manek..dan nama Permatang Pasir ditukar ke Permatang Manek..
ReplyDeleteBravo!!Bravo!!