PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja.
“Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.
Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan.
Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur.
“Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
“Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah.
Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog. - Sinar Harian
* Usah layan Muhyiddin dengan juak-juaknya. Mereka umpama musuh yang cedera parah dan telah kehabisan peluru. Menggunakan ludah sebagai senjata.
cipta propaganda dlm politik itu pekara biasa. bukannya seperti anwar cipta rusuhan yang menyusahkan orang ramai. Dia sememangnya layak digelar sebagai pengkhianat bangsa!
ReplyDeleteANWAR MEMANG PENGKHIANAT BANGSA MELAYU....TAPI PENGKHIANAT PADA BANGSA MELAYU UMNO YANG BODOH KERANA SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA. SELAMA ANWAR HIDUP BERAPA BANYAK HARTA YG DIKUMPULNYA??? JIKA TERBUKTI ANWAR ADA MENGUMPULKAN HARTA DGN CARA SALAH DAH LAMA ANWAR SANGKUT. KERANA TIADA SATU ISU PUN UTK MENYABITKAN ANWAR DENGAN RASUAH MAKAN ISU PERIBADI SEPERTI LIWAT DICIPTA UTK MENJATUHKAN ANWAR DIDALAM UMNO DULU. UMNOLAH YG SEBENARNYA PENGKIANAT MELAYU & ISLAM??? UMNO JUGALAH YG MEMECAHBELAHKAN ORG MELAYU....DARI UMNO WUJUDNYA PAS, KEADILAN, S46. UMNO MEMANG PATUT DIJAHANAMKAN PADA PRU13.
ReplyDeleteBetul...betul...betul....kerana UMNO lah JAWI dihapuskan. Sekarang ni pula ada usaha utk menghapuskan bahasa Melayu....dgn alasan utk naikan Bahasa inggeris?? Pada Awal merdeka berapa banyak Tanah rezab org melayu...dan dah lebih 52 tahun UMNO menipu org melayu bodoh (UMNO)....berapa percent aje yg tinggal tanah rezab org melayu???
ReplyDeleteINILAH UMNO, BERKUASA UTK KRONI & POKET SENDIRI.....ADA BUKIT BAGI KAT CINA, ADA TANJUNG BAGI KAT KELING....JAWAPNYA UMNOLAH PUNCANYA MELAYU JADI LAYU.
ReplyDeleteHelo mat media cyber....,
ReplyDeleteAnda tulis "anwar cipta rusuhan yang menyusahkan orang ramai. Dia sememangnya layak digelar sebagai pengkhianat bangsa!...."
Pengkhianat bangsa apa, apakah anda bermaksudkan bangsa UMNO....?
Kalau itu yang anda maksudkan maka saya juga pengkhianat kepada bangsa UMNO celaka !
Untuk pengetahuan anda, jika ketagih arak cari saja di wilayah persekutuan, diSelangor arak tidak dijual pada orang islam.
AKU JUGA PENGKIANAT PADA BANGSA MELAYU UMNO!!! MELAYU UMNO MEMANG SIAL...MEMANG PATUT DIHAPUSKAN DARI MUKA BUMI NIE...
ReplyDelete