26 August 2009

Ada faktor sumbang kekalahan

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, kesemua faktor itu perlu dikaji dan diperbaiki bagi memastikan usaha menghadapi sebarang pilihan raya pada masa depan akan lebih berjaya.

Meskipun begitu, tambahnya, BN berjaya mengurangkan majoriti parti lawan pada pilihan raya kecil kawasan itu.

“Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan satu segi lain kita dapati terdapat faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

“Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Sementara itu, menjawab soalan lain mengenai faktor kekalahan tersebut, Najib berkata: “Saya tahu apa sebabnya.”

Beliau mengulas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Calon Pas, Mohd. Salleh Man, 52, hari ini memenangi pilihan raya kecil tersebut dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi. - Utusan

* Faktor terbesar adalah memperbodohkan rakyat.

No comments:

Post a Comment