BAGHDAD 19 Ogos - Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 563 lagi cedera dalam beberapa letupan yang menggegarkan ibu negara Iraq ini hari ini.Siri serangan itu bermula sejurus selepas 10 pagi (3 petang waktu Malaysia) dengan satu letupan dekat bangunan Kementerian Kewangan di utara Baghdad, disusuli beberapa minit kemudian dengan letupan berdekatan Kementerian Luar di sebelah Zon Hijau yang dikawal ketat.
Menurut polis dan pegawai perubatan, letupan paling banyak meragut nyawa berpunca daripada bom kereta dekat Kementerian Luar yang membunuh berpuluh-puluh orang dan mencederakan ratusan yang lain.
Pegawai memberi amaran, angka kematian dijangka meningkat lagi.
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam lima letupan lain di serata Baghdad, kebanyakannya berpunca daripada bom kereta.
Keganasan hari ini adalah yang paling dahsyat di Baghdad sejak tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari bandar-bandar di negara yang dilanda konflik ini. - AP
No comments:
Post a Comment