23 July 2009

Yasmin jalani pembedahan

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang pengsan ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari ini menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil.

Adik ipar Yasmin, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. - Bernama


Yasmin koma selepas pengsan

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pengarah terkenal, Yasmin Ahmad yang pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3 Sri Pentas kira-kira pukul 3.20 petang tadi dilaporkan berada dalam keadaan koma.

Beliau kini menerima rawatan di Pusat Pakar Damansara di sini.

- Utusan

Yasmin Ahmad dikejar ke ICU

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di peringkat antarabangsa dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

- Malaysiakini

* Yang paling berharga waktu ini ialah amal soleh

1 comment:

  1. semoga Allah memberi keampunan dan kerahmatan kepada hambaNya..semoga ia menjadi iktibar buat beliau dan kita semua sebagai hambaNya..

    ReplyDelete