23 July 2009

Pembangkang puji pentadbiran Md. Isa

KANGAR 23 Julai - Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin, hari ini berkata, parti pembangkang itu tetap memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis.

Beliau mengakui peranan yang dimainkan oleh Md. Isa untuk menggerakkan pembangunan negeri adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk mencari kepentingan peribadi.

Hashim, yang juga Ketua Pembangkang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis berkata, beliau selesa berkhidmat sebagai wakil rakyat di bawah pentadbiran kerajaan negeri diketuai Md. Isa.

- Bernama

No comments:

Post a Comment