KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) yakin latar belakang calonnya, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan mampu membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kini jauh ketinggalan. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata BN tidak berniat memperkecilkan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai peraih ikan tetapi yakin Tuan Aziz lebih layak memikul tanggungjawab itu.
“Bila saya berucap beberapa hari lalu, saya beritahu bahawa calon kita ini bukan penjual ikan. Saya nak sebutkan di sini, bukan saya merendahkan penjual ikan, cuma saya ikut apa difirmankan Allah dalam al-Quran.
“Siapa yang ada ilmu, matlamatnya lebih tinggi. Dia ada ilmu, dia boleh bangunkan, majukan kawasan kita. Dia boleh bagi nasihat. Nasihat orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang kurang ilmu,” katanya ketika berucap ketika mengadakan lawatan di Peti Undi Sungai Peria, di sini, semalam.
Menurutnya, BN bukan menafikan peranan setiap individu dalam masyarakat tetapi dalam memilih pemimpin masyarakat perlulah dari kalangan berilmu.
“Kalau saya tidak ada ilmu mungkin saya tidak terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kita dengar pihak sana (Pas) kata dia nak membangunkan Kelantan bersama Islam. Saya nak tanya, apa yang mereka sudah buat di Manek Urai?
“Mereka perlu sedar banyak wang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) belanjakan membina masjid dan jalan,” katanya.
Muhyiddin berkata, pilihan raya kecil ini soal maruah dan BN yakin mampu mencapai kemenangan sekiranya semua pihak memberi sokongan padu.
Sementara itu, beliau berkata, tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan Pusat zalim kerana tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan tidak benar dan isu itu diperjelaskan Petronas dua hari lagi.
“Petronas bagi kepada Kerajaan Pusat tiap-tiap tahun hingga RM30 bilion dan dalam sehari dua ini kita minta syarikat berkenaan memberi penjelasan berhubung isu ini,” katanya.
- Mymetro
* BN sombong. Orang menggunakan ilmu untuk rompak harta rakyat tidak layak memimpin.
Selepas ini org kat manik urai tak payah hantar anak belajar tinggi2..bukan nak disanjungi tetapi dihina dan dicaci..dapat baca dan mengira sudah cukup..nanti kalau belajar tinggi2 dituduh makan rasuah dan duit haram pula..atau silap2 dipimpin pula oleh MB atau PM yg hanya ada sijil tamat sekolah rendah jee
ReplyDelete