Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau memperkecilkan profesyen peraih dan penjual ikan tetapi sebaliknya menghormati dan menjaga kebajikan golongan tersebut."Bila saya perkecilkan penjual ikan? Dulu sebagai menteri pertanian (dan industri asas tani), saya memang jaga orang yang menjual ikan ini.
"Baik penangkap ikan, nelayan dan peraih ikan, mereka ada peranan.
"Saya cuma sebut, calon kita ini bukan penjual ikan, betul tak? Itu saja, kita bukan perkecilkan, kita hormat beliau (calon PAS Mohd Fauzi Abdullah)," katanya.
Muhyiddin menegaskan demikian dalam ceramah BN di Manek Urai Lama malam tadi di hadapan kira-kira 200 penyokong BN.
Semalam, penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Raim Wan Abdullah berkata, pemimpin Umno dalam ceramahnya telah memperlekehkan profesyen peraih ikan. Calon PAS Fauzi merupakan peraih ikan di sekitar Kuala Krai.
Ekoran itu, Wan Abdul Rahim dilaporkan berkata, peraih dan peniaga ikan sekitar Kelantan akan mengadakan perhimpunan di pasar Laloh bagi membantah kenyataan itu petang esok.
Ulas pemansuhan PPSMI
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun boleh memilih pemimpin yang tiada ilmu, tetapi lebih baik diutamakan pemimpin yang mempunyai lebih ilmu pengetahuan.
Beliau yang juga menteri pelajaran turut mengulas pelaksaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan mulai 2012.
Menurutnya, kerajaan membuat keputusan "balik semula" memartabatkan bahasa Melayu setelah berbincang dan mendengar pelbagai pandangan.
Bagaimanapun, katanya, terdapat juga pihak yang tidak suka dengan keputusan itu kerana berpendapat penguasaan bahasa Inggeris amat penting.
Selain itu, ceramah BN malam tadi dilihat cuba menitikberatkan soal agama apabila bacaan al-Quran dipasang sebelum ceramah bermula pada jam 10 malam tadi.
Muhyiddin juga dalam ceramahnya, membaca beberapa petikan al-Quran bagi menyokong hujahnya.
Selepas membaca sebuah ayat mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, Muhyiddin semalam sempat berseloroh:"Ambo (saya) tahu juga baca ayat al-Quran, tidaklah pandai macam Tok Guru (Nik Aziz), tetapi tidak kurang tahu."
- Malaysiakini
* Calon PAS tidak makan duit haram (hasil rompak harta rakyat). Kita tidak kata calon BN makan duit haram :)
Dah sah lagi terbukti,calon PAS penjual ikan..kenapa nak dipertahankan..lagi pun ini calon yang dipilih oleh TGNA,bukannya oleh DS Najib..kenapa pula nak malu..dan kalau sapa2 pun semasa berkempen menyebut tentang hal ini, org PAS tak perlu gusar atau susah hati..sebab korang sendiri yang memperlekehkan pengundi Manek Urai dengan meletakkan calon sedemikian..ana cuma bimbang dunia akan mentertawakan Malaysia kalau penjual ikan pun dipilih sebagai wakil rakyat..tahukah kita betapa penjual ikan lah kaki sembelih yang palin licik kat pasar.dan kalau kita pembeli tak halal akan perbuatannya ,haram juga hukum duit itu..tak caye ?tanyalah tok guru korang yang maksum itu..
ReplyDeleteNik Aziz kata UMNO menate ( binatang )semasa berceramah kat Manek Urai..baca Utusan Malaysia..Harakah tak akan siar punya..Penghinaan Nik Aziz lebih teruk dan dasyat berbanding penghinaan Mahyudin..tapi kalau Nik Aziz kata ikan tu menate ,dan calon menate tak layak nak pimpin manusia aku teramatlah bersetuju..agaknya Nik Aziz dah mula nampak menate yg dipilihnya akan kalah sebab tu dia lemparkan kemarahannya kepada UMNO..sesungguhnya Allah sudah membuka ruang utk kita menilai siapa sebenarnya nik aziz..adakah dia seorang ulamak..seorang politikus..seorang manusia yang punya hati dan perasaan atau seorang insan biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan kesilapan
ReplyDelete