24 July 2009

Suspek kes 'puaka' UM disoal isu Teoh

Seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, yang disiasat kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kampus itu, ditanya berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.

Shazni Munir Mohd Ithnin, dalam aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini, berkata beliau juga disoal berhubung perhimpunan besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, yang ditahan reman selama tiga hari sejak 17 Julai lalu, juga diminta mengulas gagasan "1Malaysia" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan Shazni Munir, antara tiga pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang dicari polis sejak insiden di dewan kuliah utama akademi itu 24 Jun lepas, akan diseret ke mahkamah awal minggu depan.

Dua lagi suspek gagal dijejak oleh polis, sementara Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dan Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan kes tersebut.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi Rabu itu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.

Mereka, pelajar tahun dua jurusan syariah API, juga didakwa cuba melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di pintu dewan kuliah utama akademi tersebut.

- Malaysiakini

* Puaka betul...

3 comments:

  1. shazni munir anak melayu yg kurang ajar hasil didikan sebuah parti yg tak bermoral

    ReplyDelete
  2. HARI TU KATA DIACU PISTOL..HARI NI LAIN CITE..ESOK LUSA APA PLAK YEE..DAP, TOLONG SHAZNI NI TUBUH SURUHANJAYA KEJAP..DAH GILER NI BUDAK BAHLOL NIE..AKU TAKUT NANTI MATI KATAK JEEE

    ReplyDelete
  3. DAVID TEOH SILA AMBIL WANITA-WANITA UMNO YG BODOH KERANA SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA UTK BERLAKON DALAM FILEM...."BINI PUAKA"

    ReplyDelete