24 July 2009

Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. BERNAMA

* Tarian lilin lagi kena haram...

5 comments:

  1. aku dah kata..kalau nik aziz bagi pandangan dia akan kona sana kona sini..ini namanya ulamak kona politik

    ReplyDelete
  2. Apa yang kona? Jelaskanlah sikit

    ReplyDelete
  3. ada ka patut nak pegang lilin pun tak boleh..biaq pi la..depa tu cina kafir..nak pegang apa pun lantaklah..zalim..zalim..lain la kalau yg pegang tu Zamri ke atau Najib ke..baru le haram dan berdosa

    ReplyDelete
  4. ZAMRY TU MB HARAM,.. KALAU DIA PEGANG LILIN LAGI LA...DAUBLE HARAM.....WAHAI ZAMRY HARAM ...KENAPA KAU TAK TANYA KAT MUFTI UMNO APA HUKUMNYA PEGANG BAHU PEREMPUAN MCM PERDANA MENTERI PALING BODOH PERNAH LAKUKAN???? AHLI UMNO BAWAHAN BOLEHLAH MB HARAM PERBODOHKAN SEBAB BANYAK MAKAN BABI...SEPERTI KATA MAHATIR..."ORG UMNO YG MAKAN RASUAH SAMA SEPERTI MAKAN BABI"....ADUSS....KJ TAK BOLEH DUDUK DIAM...???

    ReplyDelete
  5. Pegang lilin dalam majlis orang mati adalah pekara kecil dan remeh. Persoalannya adakah dengan hanya memegang lilin itu maka orang itu sudah terhukum murtad..?

    Kalau nak buat isu berkaitan dengan agama carilah benda yang lebih munasabah, seperti seorang perempuan yang mengaku beragama islam tetapi mempamerkan anggota tubuhnya dikhalayak ramai apakah fatwa yang patut dikeluarkan...?

    Kenapa takut nak tegur isteri Perdana Menteri yang tidak bertudung...?

    "Cakap tak serupa bikin"

    ReplyDelete