18 July 2009

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

- Harakahdaily

* SPRM kuda tunggangan Umno

4 comments:

  1. cikalang melayu selangor jangan manyak cakap! kita olang cina sudah pelintah ini negeli. itu khalid gagap memang bodo punya olang. itu pasal kita akan jaga sama dia kasi selamat. sapa mau kacau sama dia kita kasi turjun itu tingkap. lu ala tau ka? melayu selangor pegi malik kampong la, ini sah alam kita akan tukar bagi jadi itu syurga lunia, kita cinang mau cali makan. ini macam itu tak mole ini tak mole mana mole!bodo punya melayu! itu lu olang punya tok ketua sah alam pun talak otak munya samseng lu tau ka?

    ReplyDelete
  2. ORANG GILA PERCAYA INI KERJA SPRM.logik akal mesti kerja samseng DAP

    ReplyDelete
  3. ustaz hadi dah ikut je cakap anuar. ulama pun kena tipu dengan anuar. kes anuar dok tangguh je. ada kaitan kot?

    ReplyDelete
  4. Inilah pentingnya ilmu dan kecerdikan..terutama untuk menjadi seorang pemimpin..kerajaan yg berjaya adalah kerajaan yg mampu menguasai seluruh agensi dibawah bidang kuasanya..adalah amat bodoh dan tolol bagi sesebuah kerajaan jika agensi miliknya tidak akur dan tidak bertindak mengikut arahan bossnya..selagi anda menjadi boss..anda adalah boss..selagi anda menjadi pembangkang..anda tetap akan ditentang...pengajarannya..dalam berpolitik akal perlu hebat..kesimpulannya..tidak ada satu parti politik pun yg bersih dan tulus..dalam jiwa pemimpinnya sentiasa bersarang dengan dendam dan benci.

    ReplyDelete